Tuesday 6 December 2011

Bangga Anak JAwa :)

   Assalamualaikum.. akhirnya dapat gak Cik SHida mem'bebel' malam ni.. Huu.. Beberapa hari ni Cik SHida agak ke'busy'an.. Byk benda nak kena uruskan. Satu,satu hal nak kene setel.. Okeh.. Sekarang Cik Shida nak cerita satu kisah. Hari jumaat lepas, Cik Shida siap2 nak pergi kenduri, biasalah orang jawa buat kenduri kahwin start hari jumaat malam sabtu sampailah ke ahad. Tiga hari berturut2,,
      Uikss.. awat lama sangat?? Membazir?? hoho.. mula2 pun Cik Shida fikir camtu gak. Tapi lepas ibu Cik Shida bagi sedikit keterangan, barulah Cik Shida rasa ade sifat bisnes di dalam perkahwinan adat jawa ni.. hoho.. Yelah selalunya korang kalau datang kenduri orang kahwin mesti ade hulur2 duit kan..? ke.. korang tak hulur langsung.. makan je terus bla? :p hoho.. tak kesahlah tu.. maybe korang pie dengan mak bapak, so mak bapak yang tukang menghulur duit pada tuan rumah kan.
        Agak2 berapa mak bapak korang bagi? RM5,RM10? So, katekanlah tuan rumah jemput 1000 tetamu. Masing2 akan bagi secara puratanya RM10. Jadi jumlah kutipan sumbangan tetamu adalah RM10000. huhu.. banyak tuh.. tu kalau bagi RM10.. Kalau ada bagi RM50? RM100? Kiralah sendiri ek.. Selalunya orang jawa paling koman pun bagi RM50. Sebab tuan rumah (orang jawa) akan ingat dan catit berapa orang tuh bagi.. nanti kalau turn orang yang bagi duit tuh buat kenduri pulak dia akan bagi jumlah yang sama. Andai kata si A bagi RM50 kat si B time kenduri kahwin anaknya, maka si B akan bagi RM50 pada Si A time kenduri anaknya. huu.. ade faham x? Ni kira membalas budilah ni.. Jadi tak rugilah sumbang banyak2.. nanti turn dorang pulak buat kenduri dorang dapat jumlah yang sama. :)
      Jadi tak menjadi masalah untuk orang jawa buat kenduri 3hari berturut2, sebab dorang ley dapat balik duit buat kenduri hasil dari sumbangan. Ibu kata nanti anak2 ibu wajib buat kenduri ikut cara orang jawa, sebab sedara kitorang ramai. Kalau buat satu hari mahu kelam kabut jadinya. Memang pun, bila CIk Shida tengok kenduri kahwin orang jawa mesti tak putus2 orang datang. Dari jumaat sampai ahad. Cian kekadang tengok sedare mara terdekat bertungkus lumus layan tetamu. Macam kenduri kahwin yang Cik Shida pergi ni walaupun hujan lebat tapi orang tetap ramai datang. Maybe dah jadi tradisi orang jawa, wajib penuhi jemputan orang. Err..Cik Shida pulak bukan tahu sangat adat2 jawa. Kira Cik Shida ni anak jawa murtad laahh.. Speaking jawa pun tak reti.. cuma boleh faham bila orang cakap jawa,tapi tak reti balas. Yelah  dah terbiase cakap melayu.
       Ayah Cik Shida Melayu. Ibu pulak jawa+belanda. Nenek Cik Shida belah ibu jawa+belanda. Atuk plak jawa totok. Ape2pun Cik Shida bangga dengan keturunan Cik Shida.. lantaklah orang nak cakap orang jawa ni asal dari indon ke, ape ke,,  Cik Shida bangga sey.. huhu... korang pun kena bangga dengan asal susur galur keturunan korang taw.. Okeh,,, sebenarnya Cik Shida nak cerita panjang lagi ni.. tapi Cik Shida tak suke tulis post panjang2. . nanti Cik Shida buat post baru k.. tata...~

No comments:

Post a Comment