Sunday 9 December 2012

cabaran baru bermula.

assalamualaikum semua.
wahh... lama tak update.
hoho busy wooo..
ALASAN (-,-)
OK ! swear. tak tipu punya. memang busy tahap gaban.
lagipun Cik Shida memang lupa password and id blog ni. (err.. boleh plak camtu?)

banyak benda woo nak pikir and nak buat.
STPM, buat powder, manage pelanggan then  study lagi.. hukhuk (T.T)
masalah sane sini. memang serabut otak.
serabut sey!!
amek ko huruf besa eden bagi. heheh.
apa2pun masalah tu tak lama lagi akan selesai. in shaa ALLAH. :D

laa ni, cik shida hepi sangat2 sebab Cik Shida dapat tender kantin sekolah menengah.
sekolah mana ea? hehe.. biarlah rahsia. alhamdulillah, rezeki ALLAH bagi melimpah ruah.
okey!!
walaupun belum tahun baru lagi, Cik Shida nak buat azam awal. get ready as soon as possibble!! GAMBATE!! 


  • akan pastikan akan jadi pengusaha kantin yang terbaik. yg efisien dan memenuhi kehendak pelanggan.
  • akan pastikan SHIEDAIZZ BLEND terus bertapak kat pasaran even underground pun. hee~
  • akan terus melanjutkan pelajaran dalam bidang yang amat Cik Shida minati. hehe.. maybe pendidikan bahasa.
  • nak hasilkan sebuah novel. huu~ (ni azam dah bertahun, bila nak siapkan ntahla!)
  • dan pastikan Cik Shida mampu untuk menyimpan duit sebanyak mungkin, maybe 50k? amin!
even banyak dugaan yang ALLAH bagi, lepas satu ujian besa, satu lagi datang, Cik Shida tetap akan berusaha menangani setiap ujian ( ceh.. ayat skema) sebab Cik Shida yakin setiap ujian yang diberi itu mematangkan kita. buktinya,, muka Cik SHida dah nampak tua. hahah.. matang lah tuuu!! keh keh..

okey2.. time to go. get ready utk stdy. rabu last payyyperrrr... doakan utk saya okey!
tatatitu!





Saturday 9 June 2012

pening kepala

assalamualaikum.
semoga kita semua diberkati.
yaa.. hari minggu camni agak free sikit. tak ada kerja.
tapi hati ini macam tak tenang.
susah jugak belajar sambil kerja ni.
banyak benda nak kena fokus.
stpm lagi 4bulan lagi. tolak makan tidur rehat main2 online sana sini rasanya tinggal 2bulan je kot
waa~~rasa nak menangis pun ada ni.
boleh ke cik shida dapat result ok stpm nanti.
dapat pointer utk sambung blaja ke U pun cik shida dah kira bersyukur :)
semoga Allah mempermudahkan segala urusan

Friday 27 April 2012

taik oh taik!

assalamualaikum,

dah berapa hari cik shida tak update blog ni..
rindu sangat.. :)
yelah, tak berapa sihat and sibuk dengan kerja.

hah.. topik hari ni cik shida nak cerita pasal mimpi
ok.. bukan mimpi yang hari tu..
mimpi lain
aishh~ shida, kau ni suka sangat bermimpikan
haha.. dah mimpi ALLAH bagi.. nak buat macam mana kan??

ok.. hari sabtu hari tu, ( hari ni hari jumaat ye)
cik shida mimpi taik!
yup, taik! 
sangat tak senonohkan mimpi cik shida.
atoootooo~...

cik shida mimpi, cik shida masuk dalam bilik air, tetiba cik shida terpijak  taik! cik shida terkejut, entah dari mana taik tu muncul, i donno ar.. dah nama pun mimpikan.. hehe..bentuk macam taik manusia taw. cik shida apa lagi, pilah jirus taik tu. makin cik shida jirus, makin banyak plak benda tu muncul. eiiiyeeww.. abes satu badan cik shida penuh dengan taik. ce bayangkan.. haha.. tak payahlah bayangkan ea. jijik kot. 

bangun tido je cik shida terus tepuk-tepuk, usap-usap badan, kaki.. macam betul2 pulak.. haha
apa lagi mandilah.

lepas je mandi, ada dua mesej dari pelanggan mintak order,

"as salam dik, saya nak order powder 20kg"


"dik, akak nak powder 30 kg, hantar by curier ea" 

ok, pagi2 lagi rezeki dah masuk. say ALLHAMDULILLAH.
petang tu, ada pelanggan datang kedai,
borong 10kg powder. satu hari tu laku 60kg powder.


jualan kat depan pun masyuk gak, dapatlah rm200-250.
lepas tu esoknya, ada orang nak beli 210kg powder.
wow, masyuk.. suka.. hehe.. alhamdulillah.
tapi kelam kabutlah buatnya.
pendek kata sepanjang minggu tu powder ice blend cik shida memang laku lah, hari2 orang order.. syukur sangat. pastu, cik shida tanyalah kat bibik,






bik! kalau mimpi taik tu apa petanda ea?


"Ya Allah, kau mimpi taik ke? patutlah orang tak putus2 order! orang tua cakap, kalau mimpi taik maknanya rezeki datang! kalau mimpi duit atau emas, ada penyakit nak datang!", kata bibik dgn yakinnya.


err.. ok, terkedu sikit. kalau macam tu nak hari2 lah mimpi taik.. hahaha.. bapak tak senonoh cik shida ni. 

ok, ade order lagi ni.. cik shida nak pi buat. hahhh.. korang pun berhajat nak mimpi taik ke? hahahaha.

p/s: mimpi taik lagi best dari mimpi yg lagi satu tu hah, setakat geli je.yang mimpi lagi satu tuh, buat aku down giler..haha.. sory cik mimpi!

Monday 9 April 2012

salah faham. salah dia? aku? atau kau?



assalamualaikum ...
salah faham?


baiklah, sekarang cik shida seperti biase nak kongsi satu cerita lagi ..
kisah salah faham, ni cik shida baca kat satu majalah ni.. majalah apa ea.. cik shida pun tak ingatlah.. tapi ini cik shida cerita untuk dijadikan sebagai perkongsian antara kita.




mengisahkan seorang cikgu sedang mengajar seorang murid. 
cikgu tu bertanya pada muridnya, Ahmad. 
'Ahmad, cikgu bagi awak sebiji gula-gula, tambah lagi sebiji gula-gula, tambah lagi sebiji gula-gula. Haa.. cuba kira berapa biji gula-gula yang awak ada sekarang?'


Ahmad pun menjawab..
4 biji cikgu.. jawab Ahmad dgn level confidentnya yang tinggi..


cikgu tu bertanya soalan yang sama, tapi ahmad tetap memberikan jawapan yang sama.


agak kesengalan dengan jawapan yang diberi oleh Ahmad. 


kenapa kamu ni lemah sangat. soalan senang pun tak dapat jawab! umur dah 8 tahun tapi soalan budak tadika pun tak dapat jawab! , marah cikgu tersebut sambil merotan tapak tangan Ahmad sekuat hatinya kerana kegeraman yang amat.


Ahmad berasa sangat malu dan kecewa dengan apa yang telah berlaku. Balik rumah, Ahmad mengadu dan menunjukkan kesan rotanan cikgunya pada bapanya. tanpa berfikir panjang, bapa Ahmad membawa Ahmad pergi ke sekolah untuk berjumpa dengan guru besar di sekolah tersebut. 


maka berlakulah pertemuan antara guru besar, bapa Ahmad, Ahmad dan cikgunya. Suasana agak tegang. Bapa Ahmad meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya terhadap perilaku cikgu terbabit. Biasalah, orang marah, macam2 perkataan dikeluarkan. Guru besar menenangkan bapa Ahmad dan bertanya punca sebenar Ahmad dipukul oleh cikgunya. 


'Manalah saya tak marah cikgu, soalan senang pun dia tak dapat jawab, padahal saya dah ajar sebelum ni. banyak kali saya tanya dia bagi jawapan yang sama. budak tadika pun dapat jawab. 1+1+1 = 3. Si Ahmad ni jawab 4. Mana saya tak bengang!


semua orang tertumpu pada si Ahmad. Ahmad kelihatan takut-takut. bapa si Ahmad terasa amat malu. Ahmad pun menjawab.


'Cikgu tanya, kalau dia bagi satu biji gula-gula, tambah lagi satu biji dan satu biji lagi, berapa jumlahnya. saya jawab empat sebab saya ada beli satu biji gula-gula sebelum datang ke sekolah. saya belum makan lagi. ada dalam kocek saya', jawab Ahmad dengan lirih..


semua yang mendengar tergamam, terpinga dan terkejut. rupa-rupa semua ini hanya SALAH FAHAM. 


tapi salah faham ni takkan terjadi kalau kita bertanya apa sebab berlaku kan?? berbincang dan bertolenrasi. sama jugak dengan kes2 kehidupan yang lain.. jangan dok gelabah ayam nak buat tindakan yang kita tak tahu apa sebenar perihal yang berlaku. macam kes ahmad ni.. siapa yang salah sebenarnya? Ahmad? Cikgu? ke Salah ... Faham?? hehe





Tuesday 3 January 2012

mulianya seorang pencuri

  assalamualaikum, sebelum pi kelas Cik Shida nak share satu cerita laa.. bagus cerita ni untuk dibuat pendoman.
Kisah ni berlaku pada zaman nabi Isa. ada seorang pencuri yang tak pernah2 insaf, asyik dok mencuri harta orang je. pantang tuan rumah tak de, dia pi rembat semua benda berharga kat dalam rumah tu. Jadi pada suatu hari, si pencuri ni memecah masuk rumah nabi Isa.
  Malangnya bagi si pencuri itu, rupa-rupanya Nabi Isa ada di dalam rumah bersama-sama dengan seorang kawannya. Maka, tertangkaplah si pencuri itu. memang lumrah seorang nabi, pasti berhati mulia. Nabi Isa memaafkan si pencuri itu dan baginda mengajak si pencuri itu bersama-sama pergi berdakwah. hati si pencuri ini meruntun sayu. dia merasa insaf yang amat sangat. air matanya tumpah meleleh dengan banyaknya. maka dia pun bersetuju untuk mengikut nabi Isa berdakwah. jadi nabi isa dan rakannya serta si pencuri pun berjalan beriringan. tetapi pencuri itu ke belakang sedikit kerana berasa segan. hatinya berkata "Ya Allah, segannya aku pada hambaMU dua orang ni. mereka alim, manakala aku ni kotor, jijik. ampunkan hambaMU Ya Allah", rayu hati kecil pencuri.
   manakala rakan Nabi Isa menjeling kepada si pencuri "Huh! dasar pencuri, mana padan mahu berjalan bersama seorang nabi! hidup penuh dosa, makan harta haram!", cerca rakan nabi Isa dalam hati.
maka, Allah mengutuskan malaikat untuk bertemu dgn Nabi Isa, malaikat berkata, "Wahai Isa, katakan pada si pencuri itu bahawa segala dosanya telah diampunkan Allah, dan katakan juga kpd rakanmu bahwa segala amalannya telah dihapuskan Allah".
betapa terkejutnya mereka bertiga. si pencuri berasa amat gembira manakala rakan nabi Isa menangis sesal.

terdiam kejap Cik Shida membaca cerita ni. banyak pengajarannya.
pertama, jangan pandang rendah pada seseorang.
kedua, Allah itu maha pengampun
ketiga, selagi kita ikhlas bertaubat, insyaallah DIA akan terima.

Monday 2 January 2012

si pendayung dan si professor

 assalamualaikum semua. dah lama kan Cik Shida tak post something kat blog ni. huu~ sangat busy dengan kerja. Alhamdulillah rezeki murah :)
          seperti biase Cik Shida nak share satu cerita. Tentang si pendayung sampan dengan seorang professor.
cerita dia ringkas dan tapi pengajaran dia sangat bermakna. Kisah ni kawan Cik Shida yang bagi jadi Cik Shida tergerak nak share pada semua.
          Kisahnya bermula bila si professor ni mahu menjalankan kajian tentang air laut dan bahan kimia yang terkandung dalam air tersebut, jadi dia pun mengupah seorang pendayung samapan untuk bawa dia ke tengah laut.  dari awal pagi sampai petang si professor ni tekun mengkaji air di laut. si pendayung ni hanya memerhatikan sahaja. si pendayung ni melihat ke langit, kelihatan awan hitam berarak seperti mahu hujan lebat. Si professor yg sedar hari makin gelap, mengarahkan si pendayung untuk siap sedia pulang.
Professor bertanya pada si pendayung, kamu tahu tidak apa yg saya sedang kaji ni?
Si pendayung hanya menggelengkan kepala.
Si professor bertanya lagi, kamu tahu apa itu kimia?
si pendayung menggelengkan kepala
Kalau kamu tidak tahu pasal kimia ini bermakna kamu telah kehilangan 25% hidup kamu.
si pendayung hanya berdiam
si professor bertanya lagi, kamu tahu tentang biologi?
si pendayung tetap dengan reaksi yang sama
si professor tersenyum sinis, kamu kehilangan 50% hidup kamu kerana tidak tahu pasal biologi.
Apa sahaja yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu? kamu tak belajar ke?
Si pendayung hanya menjawab "Saya hanya mendayung untuk mencari rezeki".
Si professor hanya tergelak besar dan merendah2kan diri pendayung.
tiba-tiba hujan turun dgn lebatnya, ombak bergelora. sampan yang mereka naiki terbalik.
si pendayung bertanya pada si professor, "Kamu tahu berenang?"
Professor membalas "TIDAK"
lantas si pendayung menjawab kamu kehilangan 100% hidup kamu, si pendayung berenanang meninggalkan professor yang terkapau-kapai dan akhirnya ditelan laut.

kesian kan pada professor yang angkuh ni. cuba kalau dia tak berlagak, cik shida rase tentu si pendayung ni tak keberatan nak tolong dia. bukan kepandaian dia yang mampu menyelamatkan dia. tetapi kemahiran yang ada pada si pendayung jika dia dapat pelajari pasti dia tidak akan lemas.

sama juga pada hidup realiti, kepandaian semata-mata dalam bidang akademik tak akan menjamin masa depan kita. banyak lagi kemahiran yang boleh kita pelajari, jangan takbur. mentang-mentang pandai, nak pandang rendah pada orang lain.