Tuesday 6 December 2011

Bangga Anak JAwa :)

   Assalamualaikum.. akhirnya dapat gak Cik SHida mem'bebel' malam ni.. Huu.. Beberapa hari ni Cik SHida agak ke'busy'an.. Byk benda nak kena uruskan. Satu,satu hal nak kene setel.. Okeh.. Sekarang Cik Shida nak cerita satu kisah. Hari jumaat lepas, Cik Shida siap2 nak pergi kenduri, biasalah orang jawa buat kenduri kahwin start hari jumaat malam sabtu sampailah ke ahad. Tiga hari berturut2,,
      Uikss.. awat lama sangat?? Membazir?? hoho.. mula2 pun Cik Shida fikir camtu gak. Tapi lepas ibu Cik Shida bagi sedikit keterangan, barulah Cik Shida rasa ade sifat bisnes di dalam perkahwinan adat jawa ni.. hoho.. Yelah selalunya korang kalau datang kenduri orang kahwin mesti ade hulur2 duit kan..? ke.. korang tak hulur langsung.. makan je terus bla? :p hoho.. tak kesahlah tu.. maybe korang pie dengan mak bapak, so mak bapak yang tukang menghulur duit pada tuan rumah kan.
        Agak2 berapa mak bapak korang bagi? RM5,RM10? So, katekanlah tuan rumah jemput 1000 tetamu. Masing2 akan bagi secara puratanya RM10. Jadi jumlah kutipan sumbangan tetamu adalah RM10000. huhu.. banyak tuh.. tu kalau bagi RM10.. Kalau ada bagi RM50? RM100? Kiralah sendiri ek.. Selalunya orang jawa paling koman pun bagi RM50. Sebab tuan rumah (orang jawa) akan ingat dan catit berapa orang tuh bagi.. nanti kalau turn orang yang bagi duit tuh buat kenduri pulak dia akan bagi jumlah yang sama. Andai kata si A bagi RM50 kat si B time kenduri kahwin anaknya, maka si B akan bagi RM50 pada Si A time kenduri anaknya. huu.. ade faham x? Ni kira membalas budilah ni.. Jadi tak rugilah sumbang banyak2.. nanti turn dorang pulak buat kenduri dorang dapat jumlah yang sama. :)
      Jadi tak menjadi masalah untuk orang jawa buat kenduri 3hari berturut2, sebab dorang ley dapat balik duit buat kenduri hasil dari sumbangan. Ibu kata nanti anak2 ibu wajib buat kenduri ikut cara orang jawa, sebab sedara kitorang ramai. Kalau buat satu hari mahu kelam kabut jadinya. Memang pun, bila CIk Shida tengok kenduri kahwin orang jawa mesti tak putus2 orang datang. Dari jumaat sampai ahad. Cian kekadang tengok sedare mara terdekat bertungkus lumus layan tetamu. Macam kenduri kahwin yang Cik Shida pergi ni walaupun hujan lebat tapi orang tetap ramai datang. Maybe dah jadi tradisi orang jawa, wajib penuhi jemputan orang. Err..Cik Shida pulak bukan tahu sangat adat2 jawa. Kira Cik Shida ni anak jawa murtad laahh.. Speaking jawa pun tak reti.. cuma boleh faham bila orang cakap jawa,tapi tak reti balas. Yelah  dah terbiase cakap melayu.
       Ayah Cik Shida Melayu. Ibu pulak jawa+belanda. Nenek Cik Shida belah ibu jawa+belanda. Atuk plak jawa totok. Ape2pun Cik Shida bangga dengan keturunan Cik Shida.. lantaklah orang nak cakap orang jawa ni asal dari indon ke, ape ke,,  Cik Shida bangga sey.. huhu... korang pun kena bangga dengan asal susur galur keturunan korang taw.. Okeh,,, sebenarnya Cik Shida nak cerita panjang lagi ni.. tapi Cik Shida tak suke tulis post panjang2. . nanti Cik Shida buat post baru k.. tata...~

Saturday 3 December 2011

Keranamu Si kecil..

Assalamualaikum semua :)
 Diizinkan hari ni Cik Shida dapat menaip lagi untuk share2 kepada semua. Alhamdulillah.. Okeh, sekarang seperti biasa Cik Shida nak kongsi satu cerita. Ni satu cerita benar tau, berlaku kat barat.
    Kisah ni tentang seorang iman dan anak lelakinya yang baru berumur 11 tahun. Setiap hari jumaat je dorang berdua akan bersama-sama mengedar risalah agama sebagai usaha untuk menyebarkan keagungan Allah s.w.t  Pada satu Jumaat, hujan turun selebat-lebatnya, anak si imam tu dah bersiap2 nak mengedar risalah dan dia mengajak ayahnya. Tetapi ayahnya agak keberatan mahu pergi kerana dia kurang sihat, buatnya dia pengsan tengah jalan siapa nak mengangkat? Oleh itu, anak imam ni mintak izin untuk pergi seorang diri.
     Pada mulanya si imam tak nak bagi, tapi anaknya beria-ia nak sangat pergi, jadi dia pun mengizinkan sambil berdoa semoga Allah melindungi anaknya. Si anak pun dengan gembira dan rela hati, terpancar perasaan heaven kat muka dia (Cik Shida harap sangat2 bila Cik Shida kahwin nanti dapat anak macam ni.. huhu).
     Dia bagi risalah kepada sesiapa yang dia jumpa sepanjang jalan. Setelah dua jam, tinggal 1 helai risalah. Dia pandang kiri tak ada orang, kanan pun tak ada. Dia perlu habiskan risalah ni. Tu tekad si anak kecil ini. Jadi, dia pun pergi ke taman perumahan, dia pergi ke rumah pertama yang dilihatnya. Loceng ditekan. Tapi tiada siapa yang menjawab. Dia tekan lagi, sebanyak tiga kali. Tapi tetap tiada siapa yang menjawab.
    Jadi dia pun berpaling untuk pergi ke rumah seterusnya. Entah kenapa hatinya tertarik2 nak juga bagi kepada tuan rumah pertama ni, Jadi dia tekan loceng sekuat-kuat hati banyak kali. Tak cukup dengan tu dia pi ketuk2 pintu rumah orang tu kuat2 sampai sakit tangan budak kecil tu. Usaha anak imam tu berjaya, seorang pak cik tua bukak pintu. Muka pak cik tu sedih. Dengan lemah, pakcik tu tanya "Ye, ada apa2 yang pak cik boleh bantu?". Pak cik tu merenung muka anak imam yang comel dan mempunyai mata yang bersinar2.
   "Maaf pakcik kalau saya kacau pak cik hujan2 macam ni. Saya nak bagi pak cik risalah ni je. Ni risalah yang terakhir khas untuk pak cik dan saya nak cakap ALLAH SANGAT MENYAYANGI pak cik. Nah, pak cik ambil lah yea", jawab anak imam tu dengan ceria dan terus berlalu pergi.
   Huu.. korang faham2 lah sejuk tu hujan2, so budak kecik ni kena balik cepat kan... Tiga hari kemudian, seperti biasa anak dan imam duduk bertazkirah kat masjid bersama2 dengan ahli jemaah yang lain. So, si imam pun tanya "Ada siapa2 yang nak berkongsi apa2?". Tetiba ada seorang tua yang tidak pernah dilihat imam memulakan ceritanya.
    Wajahnya kelihatan cerah dan ceria. "Mungkin tiada siapa yang mengenali saya di sini sebab sebelum ni saya memang tak pernah datang sini pun. Hari jumaat yang lepas saya masih bukan seorang muslim. Isteri saya dah meninggal dan saya tiada sesiapa di dunia ni. Jumaat lepas, ketika hujan turun lebat, saya rasa sunyi sangat2, jadi saya nak bunuh diri. Saya nekad nak bunuh diri untuk menamatkan penderitaan saya. HAri tu, tali dah berada di leher dan saya sudah berdiri di atas kerusi hanya menunggu untuk menendang kerusi dan matilah saya. Tapi bunyi loceng mengganggu niat saya. Saya tunggu dan berfikir, sekejap lagi mesti orang yang tekan loceng tu pergi. Namun bunyi loceng tak henti2 berbunyi. Saya fikir, siapalah manusia yang sudi menjenguk saya ni. Sudah lama orang tak jenguk saya jadi saya pun menglonggarkan ikatan dan terus menuju ke pintu. Apabila saya bukak pintu saya seperti tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Seorang kanak2 yang comel berdiri di hadapan saya. Kata2 ALLAH SANGAT MENYAYANGI PAK CIK membuatkan saya terpaku. Seusai anak itu pergi saya terus membaca risalah tersebut. Dan kini saya ade sebab untuk hidup. Saya datang ke sini untuk mengucapkan terima kasih kat anak kecil itu".  
   Semua yang berada dalam masjid tu terharu. Bergema laungan ALLAHUAKBAR di dalam masjid itu.
   Cik Shida terharu gilerlah baca cerita ni.. dan Cik Shida terfikir kalaulah Allah tak gerakkan hati budak kecik tu mungkin pak cik tu dah bunuh diri. Mesti dia dah mati sebagai orang kafir. Hurmm... bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang islam :)

Friday 2 December 2011

Sekadar bekas yang bocor...

   Assalamualaikum, Cik Shida suke sangat nak cerita satu benda ni.. Tapi Cik Shida rasa ada yang dah pernah dengar kot cerita ni tapi tak kira gak,,, Cik Shida nak dengar jugak.. nak jugak.. atoto~ terlebih sudah! ^^,  Ok, kisah tentang kisah petani tua di China dengan pengandarnya. Hah.. siapa tak tahu pengandar tuh apa.. seperti biasa tanya profesor google yeah :p .
     Suatu masa di negeri China ada seorang petani tua yang miskin setiap hari berulang alik mengangkut air dengan pengandarnya. Dek terlalu miskin satu bekas di pengandarnya telah bocor, manakala satu lagi masih sempurna. Yelah, orang miskin.. mana nak mampu beli pengandar yang baru. Jadi setiap kali petani tu mengangkut air, pasti air di dalam bekas yang bocor itu tinggal separuh apabila dia sudah sampai di rumah.   Selama bertahun-tahun inilah dilalui oleh petani tua ini.
     Bekas yang sempurna eksyenlah sebab dia dah berkhidmat dengan baik kepada tuannya berbanding dengan bekas bocor. Maka secara tak langsung bekas bocor ni terasa hati and rendah diri.. alolor.. merajuk sudah bekas bocor ni. Selepas beberapa tahun dalam keadaan macam tu, suatu hari, ketika rutin biasa mengambil air, bekas bocor ni meluahkan perasaan dia kat petani tua
 "Sobbb.. Sobbb.. waaaa~ aku rase sedihlah pakcik.. lama dah aku pendam perasaan ni".
Petani tua tu menjawab "Awat hang sedih2 ni.. alolorh tomei2.. tak molah nanges2 k.. Ce cer apa yang berlaku.. kau putus cinta ke?"..
"Aku sedih lah, aku ni tak sempurna, kau pun tahulah, aku ni bocor, tak macam bekas kau yang lagi satu. Bila sampai rumah aku punya air tak penuh.. Sedih~ ". balas bekas bocor :'(    
 "Ekeleh, rilek lahhh..aku tahulah kau tu bocor, aku tak anggap pun kau ni tak sempurna. Kekurangan kau tu bukan bermaksud kau ni tak berguna taw. Sebab tu lah aku menabur benih bunga sepanjang jalan yang kita lalu tiap2 hari. Air yang bocor dari bekas kau lah yang menyiram semua benih2 yang aku tabur tadi. Kau tahu, bila aku nampak bunga2 tu tumbuh subur, aku rasa bersemangat setiap hari. Bunga tu beri inspirasi tak ternilai. Tanpa kau aku mungkin tak dapat merasai kesegaran bunga2 ni".
Bekas bocor tadi melopong.. (bayangkan dia ade mulut yea.. hehe :) ) "Waa... betul ke?? Awat aku tak perasan, bangga aku camni.. yey!"..  Lepas je bekas bocor tahu pasal kelebihan yang ia miliki tiada lagi sedih di hatinya.
    Bestkan ceritanya... ok sekarang Cik Shida nak relate cerita kat atas dengan kehidupan kita. Pertama, kita perlu ingat bahawa tiada siapa2 yang sempurna di dunia ni. Hanya Allah sahaja yang sempurna. Setiap manusia itu ada kekurangan dan kelemahan dia. Walaupun begitu ini tidak bermakna segala kelemahan yang ada pada diri kita menghalang untuk kita berjaya. Buktinya maksud surah Al Mukminun ayat 115: Adakah kamu menyangkakan bahawa Kami menciptakan kamu sia2 dan bahawasanya kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"  Allah tidak jadikan kita dengan sia2, Ingat ye kekwan :).
   Kedua, agaknya berapa ramai antara orang2 yang terdekat dengan kita seperti 'bekas bocor' dalam kehidupan kita? Orang2 yang berhak menerima kasih sayang, penghargaan, perlindungan tetapi dinafikan sebab mereka ini hanyalah 'bekas2 bocor?? yang tidak mampu membawa 'air yang cukup untuk kita'. Pernahkah kita dengan suci hati membantu mencari peluang dengan 'menabur benih. supaya ketidaksempurnaan 'bekas2 bocor ini menjadi rahmat ke seluruh alam? Atau kita buang terus 'bekas2 bocor, ni sebab menganggap dorang sebagai beban??  Alangkah indahnya jika kita memiliki hati seperti petani tua yang mampu mewarnai 'bekas bocor'. hurmm.. selamat berfikir! :D

MaafKan Aku Si Cacat..

     Assalamualaikum semua, harap semua sehat yea. Harini lambat sikit letak post sebab Cik Shida banyak hal.. huu~ sampai pening2 dibuatnya. Cik Shida nak share satu cerita hari ni. Ni pasal seorang lelaki yang bernama Akif (bukan nama sebenar ye.. tak ade kena mengena dengan yang hidup atau mati). Dia ni hensem, segak, tapi malangnya dia ni dilahirkan tanpa cuping telinga. Kira sekali tengok dia ni tak ade telinga lah, so cuba korang bayangkan orang tak ada cuping telinga, macam mana rupanya. Err.. kalau tak boleh bayang apa lagi.. poie lah mintak tolong kat Mr Google.. huhu.. walaupun dia ni tak ada telinga tapi dia dapat mendengar dengan baiknya macam manusia normal dan dia merupakan pegawai bank.. whoa. jangan main2 taw.
         Si Akif ni jugak pantang orang sebut2 perihal kecacatan yang menjejaskan kehenseman dia tuh. Berangin kepala dia. Nak jadikan satu cerita Si Akif ni kena jadi panel untuk memilih seorang kerani di tempat dia bekerja. Ramai yang mohon tapi telah disenarai pendekkan tinggal tiga calon terakhir sahaja yang tinggal. Calon pertama, seorang lelaki yang tiada pengalaman bekerja. Pada akhir sesi soal jawab, Si Akif bertanya pada lelaki tersebut. "Adakah awak nampak sesuatu yang ganjil pada saya?"  Oleh sebab si lelaki ni mementingkan sifat kejujuran dia pun menjawab "Ada tuan, saya nampak tuan tak ade cuping telinga macam alien muka tuan, hahah", jawab lelaki itu sambil tergelak kuat.  Perghh.. Apa lagi menyiraplah Si Akif ni maka dihalaunya calon itu keluar "Berambus kau!".
      Sesudah itu, calon kedua seorang perempuan pulak, cantik orangnya. Pada akhir sesi temuduga Si Akif bertanya soalan yang sama. Perempuan ni menjawab dengan jujur tapi berlapik "Ye, saya nampak tuan, saya nampak tuan tak ada cuping telinga. Maafkan saya tuan". Walaupun begitu Si Akif tetap berang. "What ever u say, its hurt my heart! Get lost from here!", marah Si Akif dalam bahasa omputih. Perempuan tuh keluar dengan air mata berlinangan di pipi. Iskh.. Hamboii.. sesuka je Si Akif ni nak marah2 orang. Geram pulak Cik Shida dibuatnya.
     Seterusnya calon terakhir seorang lelaki yang berketrampilan dan mempunyai pengalaman bekerja selama 8tahun. Dia ni bagi Si AKif sangat bijak. Pada akhir sesi temuduga, Si Akif bertanya soalan yang sama. Lelaki itu menjawab, "Ye, saya ada nampak sesuatu yang ganjil. Tuan pakai contact lens kan?". Si Akif rasa kagum sangat2. Lelaki itu sangat teliti orangnya. Maka dia adalah calon yang sesuai untuk kerja yang memerlukan ketelitian yang tinggi. Dengan penuh teruja dia bertanya "Macam mana awak boleh tahu?". "Mestilah saya tahu, sebab tuan mana ada cuping telinga, jadi nak sangkut celah mana? Hahaha", balas lelaki itu dengan gelak tawa sambil terguling2.
    Rupa2nya calon terakhir ni lagi parah berbanding calon2 sebelumnya. Cik Shida sendiri tak menjangka jawapan calon terakhir ni. Jadi, Cik Shida pun ikut tergelak.. Haa.. amik kaw Si Akif. Cik Shida cerita kat kekawan kisah ni, dorang pun tergelak gak. haha.. Cik Shida lagilah gelak 2x ganda. Adush.. law la Si Akif ni wujud di dunia ni mahu dia halau Cik Shida dan kekawan ke hujung dunia. Hinakah kecacatan yang dimiliki oleh Si Akif sehingga dia begitu sensitif padahal dia masih lagi boleh mendengar dengan baik.
      Tiba2 ada suara yang berbisik.. "Kelakar sangat ke ciptaan ALLAH yang 'cacat' sehingga menjadi bahan tawamu dan rakan2". Ntah dari mana ntah suara tu datang. Tapi Cik Shida tersentap lah gak.. >,<'  Maha suci Allah daripada mentakdirkan sesuatu yang buruk. Ini bukan sikap yang baik dalam melihat ciptaanNYA. Astaghfirullah.. :(  Terasa beban di dada bila Cik Shida gagal memahami penciptaaan Maha Pencipta. Kenapa perlu kita gelakkan mereka yang ditakdirkan cacat. Cik Shida selalu ingatkan adik2 jangan memperendahkan orang yang cacat sebab kalau kita memperendahkan mereka maka sama juga kita memperendahkan Allah kerana DIA yang mencipta mereka semua. Mungkin Cik Shida terlalu mengikut mood cerita lawak tu, sampai Cik Shida tak sedar apa yang Cik Shida lakukan. Dan kalau kita tengok situasi hari ni. orang2 cacat memang selalu diperlekehkan. Mereka bukan dibantu malahan dihina dan dicerca. Sadis sungguh. Tapi pernahkan korang semua terpikir yang sebenarnya ada kelebihan Allah jadikan dorang cacat. Kita ambil contoh, orang yang cacat pendengaran, sekurang2nya terlepas dosa dia daripada mendengar benda2 tak elok seperti mengumpat ke,mengutuk ke, dan orang buta juga terlepas dari dosa melihat benda2 yang haram berbanding kita yang susah sekali nak terlepas dari dosa melihat benda2 haram. Betul x..?? Selamat berfikir yea :)

Thursday 1 December 2011

Rara Zikry.. Al-fatihah

    Assalamualaikum... uiks.. Cik Shida tak boleh nak tido lagi.. mata ni sungguh degil sangat2.. jadi Cik Shida pun mengusha wall di facebook, dari wall ke page yang Cik Shida suke.. tetibe muncul plak cerita pasal Rara Zikry.Err.. seriously.. Cik Shida tak kenal pun sebenarnya Rara Zikry ni.. tapi orang sebok dok kata2 pasal dia.. Status kat page tu tulis, Al-fatihah buat rara zikry..
      urmmm.... Siapakah gadis ini, sampai website yang dikenali ramai pun  update pasal dia.. ke Cik Shida ni lame sangat sampai tak kenal siapa itu Rara Zikry.. Jadi Cik Shida pun tanya kawan Cik Shida iaitu mr Google,, Ooo... rupa2nya Rara Zikry ni, seorang wanita yang sangat2 cantik.. Nak tahu cantik ke idak, p google, Cik Shida tak nak upload pic dia kat sini sebab dia dah meninggal, pic dia memang cantik dan seksi..           Bagi Cik Shida, orang yang dah pergi jangan kita sebar2kan gambar dia yang tak menutup aurat, nanti tak aman dia kat sana.
      Rara jatuh sakit masa berjogging dengan kekawan dia kat Shah Alam. Dia ada asma, so mereka hantar Rara ke hospital. Masa di hostipal Rara disahkan koma sebab brain damage. Korang tahulah kan, bila otak tak cukup oksigen maka rosaklah ia. Kejadian ni berlaku pada tahun lepas lagi. Maknanya dah setahun Rara terlantar di hospital. Dan pada pagi Jumaat ni, Rara disahkan meninggal dunia. Tapi ade gak kat twitter cakap Rara tak meninggal dunia lagi.. tapi Cik Shida check kat sumber yang sah.. memang Rara dah meninggal. Dia akan dikebumikan selepas solat zohor esok.
     Hurmm.. yang Cik Shida tak sedap hati, bila ade orang kutuk pasal Rara ni. Isk.. tak baik kutuk orang yang dah pergi. Dorang kutuk pasal cara hidup Rara, cara sosial dan berpakaian. Tak terpikirkah dorang yang nasib dorang pun belum tentu lagi. Sekurang2nya Rara tu mungkin sempat bertaubat semasa dia sakit. Dan dosanya mungkin diampunkan Allah sebab ada hadis yang mengatakan sesungguhnya setiap penyakit dan ujian itu adalah pengampun dosa. Dan dia meninggal pada hari penghulu hari, iaitu jumaat. Jadi, kepada mereka2 yang suke kutuk orang, fikir banyak2 ye.. Jangan duk hantam orang, tapi diri sendiri tak tengok.. :)

I love surah Al-Insyirah

      Assalamualaikum.. okeh.. post kali ni Cik Shida nak cerita pasal fadhilat hafal atau amalkan surah al-Insyirah. Hah, siapa2 yang tak tahu surah al-Insyirah yang mana satu pi google cepat2..nak kena rotan ni.. Haipp!! Dah google bace sekali ok.. ni hah.. Cik Shida nak share sikit, Cik Shida tau pasal kelebihan surah al-Insyirah ni dari cikgu kanseling kat sekolah.
          Dulu masa sekolah, Cik Shida aktif dalam persatuan kaunseling kat sekolah, sebab Cik Shida suke dengan cikgu-cikgu kaunseling kat sekolah tu. Suke share2 cerita. Kadang2 bila habis sekolah lepak dengar cikgu cerita, motivasi. Feeling habis. huhu..
          So, nak dijadikan cerita, hari tu, Cik Shida rasa tak senang hati sangat, risau pun ada sebab PMR lagi 2bulan.. perghh... cuak bukan main lah.. jangan cakap. Macam tak cukup lagi je nak cover semua silibus.. Lagipun Cik Shida memang aktif berkokurikulum. Selalu keluar kelas ada latihan pantunlah, sajak, drama, taekwando, kem sana sini. Siapa tak cuak, ibu Kak Shida awal2 lagi dah bagi warning, tak dapat straight A, siaplah!! gulp... Lagipun Cik Shida anak pertama, jadi kenalah  tunjuk contoh kat adik2 Cik Shida yang berderet tuh.
     Jadi Cik Shida pun mintak lah pendapat cikgu kaunseling, nama cikgu tu Cik Ruhana. Manis cikgunya. Tapi sekarang dia dah kahwin pun. Dia pun cadangkan kat Cik Shida supaya amalkan surah Al-Insyirah tu.. Dia kata surah ni sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan urusan kita. Amalkan lepas solat, baca tujuh kali,sambil niat nak apa. Jadi Cik Shida pun amalkan, memang agak berkesanlah, Cik Shida kalau nak blaja, bace surah Al-Insyirah, mudah je masuk.
     Lagi satu, masa jawab soalan PMR, soalan bahasa inggeris, soalan esei.. Cik Shida tak faham apa yang dia nak sebab ade satu perkataan yang Cik Shida tak faham.. hoho.. jujur, dari tadika sampai form 3 subjek ni Cik Shida tak pernah dapat A. Ibu Cik Shida cakap Cik Shida ni keturunan jawa totok.. hoho.. tu susah nak score bahasa inggeris. Oke2..  So, Cik Shida pun baca surah Al-insyirah ni dalam 3 kali, pastu Cik Shida baca balik soalan, ntah macam mana ntah Cik Shida rasa macam faham je apa yang dia nak walaupun Cik Shida tak faham makna ayat tu. Cik Shida buat je apa yang Cik Shida faham lagipun masa tinggal 20minit. Agak rushing Cik Shida buat, tulisan pun cacamarba..  Lepas siap je.. Cik Shida tawakal je.. jnji siap. Cik Shida target dapat B je.. tak pun C.. huu.. asal lulus..
        masa nak ambik result PMR tu memang cuak lah sampai Cik SHida tak nak pergi sekolah.. Ibu pun cakap yang result Cik Shida mesti tak ok, yelah, selalu kalau result Cik Shida ok, nanti ada cikgu yang call, ni sorang pun tak call, Cik Shida rasa sedih lah gak.. Jadi Cik Shida just baca surah Al-insyirah tu banyak2... tawakal jea.. Cik Shida taw ni mesti sebab bahasa Inggeris, huhu.. Bila sampai sekolah, nak ambik result, cikgu peluk Cik Shida, dan ucap tahniah. Ibu Cik Shida dah sorak2 dah kat belakang, Cik Shida plak macam tak percaya. Uiks.. 5minit gak lah blur2... Pastu baru dapat terima kenyataan yang Cik Shida dapat result cemerlang dalam PMR.. bersyukur sangat2..
        Sejak saat tu Cik Shida sentiasa amalkan surah tu,, law dalam kesusahan ke, Cik Shida banyak bace surah tu.. tenang hati sikit.. Opss.. ni tak bermakna surah2 lain tak ade fadilatnya, setiap surah ada kelebihan masing2.. Tapi Cik Shida dah jatuh cinta dengan surah ni.. Haa.. Cik Shida ade dengar ustazah cakap, andai kita hafal even satu ayat alquran, api neraka tak boleh sentuh kita. Kalau salah, betulkan ye.. So, banyak2 hafal surah al-quran yea.. Hafal lirik lagu boleh,, takkan surah pendek tak boleh hafal ye dak?? hee~  ok.. selamat beramal :)

Uiks,, best ke harta banyak??

Assalamualaikum semua.. Korang semua banyak harta tak?? Uiks,, Cik Shida bukan nak mintak, Alhamdulillah Cik Shida masih boleh berdiri sendiri dgn rezeki yang Cik Shida dapat sekarang. Apa yang Cik Shida nak kongsi sekarang pasal harta. Meh baca same2.. ^^                Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan di warisi separuh dari harta peninggalanya itu.

lalu di tanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.


Selang keesokan di panggil semua adik beradiknya.dan beliau berkata.

wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini.dan aku juga akan memberi setengah dari harta ku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku.

adik-adiknya pun menjawab.wahai abang ku adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.

lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya.beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti.di panggil setiausahanya supaya di war war di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah. kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

dan pada waktu yg sama seorang tukang kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

isterinya berkata,wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.lagi pun makanan di sediakan.

tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama.si tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya

setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut.

si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.terfikir di fikiranya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh mungkar dan nangkir.

tetapi sebaliknya yang berlaku.mungkar dan nangkir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

apa yang kau buat di sini.

aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

apa harta yang kau ada sekarang

aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

dari mana kau dapat kapak ni

aku membelinya

lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

hari kedua di tanya pula,apa yang kau buat dengan kapak ni?

aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual

hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut

pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni

kat hutan mana ada orang punya pokok

adakah kau pasti

lalu hilang lagi mungkar dan nangkir

hari ke empat

adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuranya dan beratnya sama untuk di jual.

aku potong cincai-cincai je,mana boleh ukur sama rata

lalu hilang dan muncul mungkar dan nankir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.dan di hari terakhir ke 40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lg bertemu dengan tukang kapak tersebut.

berkata mungkar dan nangkir hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau ,si tukang kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiranya untuk keluar dari kubur tersebut.

si tukang kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

sampai di rumah lalu si isteri berkata wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

maka jawab si tukang kapak.aku tidak mahukannya lagi.sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak.bagaimana dapat aku menjawabnya.

fuh~... tanya pasal kapak je dah 40 hari.. bulan tanya benda lain lagi.. Hah, hangpa semua ada henpon kan? laptop? motor? haa.. gune semua tu elok2. tak mo wat bnde tak elok.. kang dalam kubur kena tanya macam2. Wallahu'alam. :)

SaLam Perkenalan.. :)

 Assalamualaikum semua :)   Sory2, agak terlambat sikit nak buat post ni.. yelah.. sebok buat post yang len dulu, sampai lupa nak gtaw tujuan sebenar Cik Shida buat blog ni kan.. Yelah, Cik Shida excited sangat nak menulis. Dulu masa kat sekolah memang rajin  buat karangan pun :p
Haa.. tak mo membebel panjang.. Cik Shida wat blog ni tak ada niat yang tak baik. Just nak share bnde2 yang baik. InsyaAllah blog Cik Shida tak kan menyiarkan apa2 yang tak elok. Semua molek2.. Kalau ada yang tak elok tu, tegur ea ^^,  Cik Shida tak kesa asalkan apa yang korang tegur tu masuk dek akal. Lagipun, Cik Shida rasa hidup kita semua ni tak lama betul x, nak kumpul harta bersedekah kat semua fakir miskin pun belum mampu lagi. sedekah senyuman tu boleh lah kowt.. tapi kang ade yg salah anggap pulak =,=' jadi Cik Shida nak buat kebajikan dengan share2 bnde yang Cik Shida rasa boleh bagi manfaat kat semua. :)  InsyaAllah, yang buruk tu datang dari Cik Shida sendiri, yang molek2 uh datang dari ALLAH s.w.t. Kalau ada siapa2 nak share artikel yang molek2.. dipersilakan, dialu2kan.. huu~