Friday 2 December 2011

Sekadar bekas yang bocor...

   Assalamualaikum, Cik Shida suke sangat nak cerita satu benda ni.. Tapi Cik Shida rasa ada yang dah pernah dengar kot cerita ni tapi tak kira gak,,, Cik Shida nak dengar jugak.. nak jugak.. atoto~ terlebih sudah! ^^,  Ok, kisah tentang kisah petani tua di China dengan pengandarnya. Hah.. siapa tak tahu pengandar tuh apa.. seperti biasa tanya profesor google yeah :p .
     Suatu masa di negeri China ada seorang petani tua yang miskin setiap hari berulang alik mengangkut air dengan pengandarnya. Dek terlalu miskin satu bekas di pengandarnya telah bocor, manakala satu lagi masih sempurna. Yelah, orang miskin.. mana nak mampu beli pengandar yang baru. Jadi setiap kali petani tu mengangkut air, pasti air di dalam bekas yang bocor itu tinggal separuh apabila dia sudah sampai di rumah.   Selama bertahun-tahun inilah dilalui oleh petani tua ini.
     Bekas yang sempurna eksyenlah sebab dia dah berkhidmat dengan baik kepada tuannya berbanding dengan bekas bocor. Maka secara tak langsung bekas bocor ni terasa hati and rendah diri.. alolor.. merajuk sudah bekas bocor ni. Selepas beberapa tahun dalam keadaan macam tu, suatu hari, ketika rutin biasa mengambil air, bekas bocor ni meluahkan perasaan dia kat petani tua
 "Sobbb.. Sobbb.. waaaa~ aku rase sedihlah pakcik.. lama dah aku pendam perasaan ni".
Petani tua tu menjawab "Awat hang sedih2 ni.. alolorh tomei2.. tak molah nanges2 k.. Ce cer apa yang berlaku.. kau putus cinta ke?"..
"Aku sedih lah, aku ni tak sempurna, kau pun tahulah, aku ni bocor, tak macam bekas kau yang lagi satu. Bila sampai rumah aku punya air tak penuh.. Sedih~ ". balas bekas bocor :'(    
 "Ekeleh, rilek lahhh..aku tahulah kau tu bocor, aku tak anggap pun kau ni tak sempurna. Kekurangan kau tu bukan bermaksud kau ni tak berguna taw. Sebab tu lah aku menabur benih bunga sepanjang jalan yang kita lalu tiap2 hari. Air yang bocor dari bekas kau lah yang menyiram semua benih2 yang aku tabur tadi. Kau tahu, bila aku nampak bunga2 tu tumbuh subur, aku rasa bersemangat setiap hari. Bunga tu beri inspirasi tak ternilai. Tanpa kau aku mungkin tak dapat merasai kesegaran bunga2 ni".
Bekas bocor tadi melopong.. (bayangkan dia ade mulut yea.. hehe :) ) "Waa... betul ke?? Awat aku tak perasan, bangga aku camni.. yey!"..  Lepas je bekas bocor tahu pasal kelebihan yang ia miliki tiada lagi sedih di hatinya.
    Bestkan ceritanya... ok sekarang Cik Shida nak relate cerita kat atas dengan kehidupan kita. Pertama, kita perlu ingat bahawa tiada siapa2 yang sempurna di dunia ni. Hanya Allah sahaja yang sempurna. Setiap manusia itu ada kekurangan dan kelemahan dia. Walaupun begitu ini tidak bermakna segala kelemahan yang ada pada diri kita menghalang untuk kita berjaya. Buktinya maksud surah Al Mukminun ayat 115: Adakah kamu menyangkakan bahawa Kami menciptakan kamu sia2 dan bahawasanya kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"  Allah tidak jadikan kita dengan sia2, Ingat ye kekwan :).
   Kedua, agaknya berapa ramai antara orang2 yang terdekat dengan kita seperti 'bekas bocor' dalam kehidupan kita? Orang2 yang berhak menerima kasih sayang, penghargaan, perlindungan tetapi dinafikan sebab mereka ini hanyalah 'bekas2 bocor?? yang tidak mampu membawa 'air yang cukup untuk kita'. Pernahkah kita dengan suci hati membantu mencari peluang dengan 'menabur benih. supaya ketidaksempurnaan 'bekas2 bocor ini menjadi rahmat ke seluruh alam? Atau kita buang terus 'bekas2 bocor, ni sebab menganggap dorang sebagai beban??  Alangkah indahnya jika kita memiliki hati seperti petani tua yang mampu mewarnai 'bekas bocor'. hurmm.. selamat berfikir! :D

No comments:

Post a Comment