Wednesday 30 November 2011

Kita semua sedara :)

 Assalamualaikum semua, entry kali ni Cik Shida nak cerita pasal bibik. Kalau korang orang jawa, bibik tu maksudnya mak cik. kalau orang melayu biasa mesti ingat bibik tu orang gaji kan. Ye, memang Cik Shida nak cerita pasal orang gaji,( walaupun sebenarnya Cik Shida tak anggap dia orang gaji , Cik Shida anggap dia macam sedara Cik Shida sendiri).  Nama bibik Cik Shida Bik Timah, umur dia 55tahun. Tapi fizikal dia macam umur awal 40-an. Muda 15tahun, yelah sebab masa muda2 dia rajin makan jamu. Macam Cik Shida ni mana rajin makan jamu. Bau pun tak larat ni ,lagi nak masuk mulut. Dia ni berasal dari Medan, Indonesia. Hah, kalau korang nak tahu, sebelum Bik Timah kerja dengan family Cik Shida, ada lebih kurang 15orang pembantu rumah yang pernah test kerja dengan kitorang. Malangnya diorang semua ni boleh tahan setakat 2,3bulan jea. Bukan semua orang indon tau yang pernah test kerja dengan family Cik Shida, orang melayu pun ada. Tapi tak jalan2 gak. Sampailah kitorang jumpa dengan Bik Timah. Mesti ada yang tertanya2 "Awat family hang sebok sangat carik orang gaji, tak boleh uruskan semuanya sendiri ke?". Opss.. sory2.. yup, memang tak boleh uruskan sendiri. Sebelum kitorang dapat Bik Timah adik beradik Cik Shida ada lima orang. Kecik2 lagi. Umur Cik Shida baru 7tahun. Parent Cik Shida dua2 kerja. Memang terdesak sangatlah cari orang gaji. "Awat hang tak hantar nursery ke, suruh orang jaga ke?". Err.. adus.. kalau hantar kat nursery or suruh orang jaga mahu kena cas rm100 satu kepala. kali dengan lima= rm500. Banyak tuh wey.. huu~.. Gaji Bik Timah pun rm500 jugak, tapi dia dah uruskan semua kerja rumah, dari menjaga , memasak, membasuh, mengemas dan semua2 lah. Jadi berbaloilah kan berbanding kita hantar kat orang. Hee~ ... Bik Timah ni penyabar orangnya, Cik Shida sayang sangat dengan Bik Timah. Walaupun masa kecik2 selalu gak gaduh dengan Bik Timah, swear.. masa Cik Shida kecik2 Cik Shida memang superb nakal. Tanyalah Bik Timah, huhu..  Sekarang da xnakal da.. sikit2 jea.. Hubungan keluarga dengan Cik Shida dengan keluarga Bik Timah pun ok jea.. Kekawan Cik Shida pun rapat dengan Bik Timah.. Dorang kalau datang rumah Cik Shida dorang akan carik sambal belacan berhantu yang Bik Timah buat. Pastu lepas makan semua terjah peti ais, sambil mengeluarkan air mata kepedasan.. haha.. Adik2 Cik Shida yang nombor lima, enam, tujuh dan lapan iaitu imran,nana,ilham dan johan rapat sgt2 dengan Bik Timah. Kalau Bik Timah balik Indon, nanti mesti dorang demam rindu, nanti tergagau2 dorang carik kain batik Bik Timah wat pengubat rindu. Nanti ibu sebok2 call Bik Timah suruh balik awal "Bibik, balik cepat, "anak2" kau rindu bangat tuh, sampai demam2".. huhu.. See, betapa sayangnya kitorang kat Bik Timah. Hee.. Kalau adek2 Cik Shida gaduh dgn Bik Timah, dia xdelah amek hati sangat. Time gaduh, memang mulut dia merepek2 gak. Nanti dah lame2, bila adek Cik Shida mintak makan dia tolong ambik kan.. pastu oklah.. huu~.. jadi ape kena mengena tajuk blog kat atas dengan cerita Cik Shida ni? Sebenarnya Cik Shida nak bagitahu, walaupun dia asal dari manapun selagi dia Islam, dia tetap sedara kita. Kekadang Cik Shida kesal jugak lah kan bila baca cerita ada pembantu rumah Indonesia kena dera, tak dibagi makan, tak dibagi gaji.. dan yang paling Cik Shida rasa nak murka (ceh.. murka) bila orang yang mendera tu orang melayu, Islam. adoyai.. apelah..tak kesian ke?? dorang pun manusia gak.. urm,, lagi satu time pelawanan bola sepak SEA yang lepas, indon dgn melayu bergaduh.. adoi.. sebab game rebut satu bola pun bergaduh macam nak berbunuhan, padahal dua2 negara Islam.. Siap ade ugutan nak serang lah, nak bunuhlah.. Apa kes? Sana kutuk sini, sini kutuk sana. Ok, Cik Shida tak pro kat mana2.. Cik Shida cakap secara umum.. Hangpa dah besarkan.. pikir elok2.. Kita hidup kat dunia ni tak lama.. jadi buat apa nak gaduh2 kan.. kan elok kita berdamai. :)  Akhir kata : Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
Muslim itu saudara(nya) muslim. Ia tidak boleh menzalimi dan tidak boleh menyerahkannya ke tangan musuh. Barangsiapa yang berkenan memenuhi hajat keperluann saudaranya, maka Allah pasti memenuhi hajatnya. Barangsiapa melepaskan suatu kesulitan muslim, maka Allah akan melepaskan darinya salah satu kesulitannya pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib) muslim, maka Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.

Kaya Dengan Sedekah? Boleh percaya ke??

   Kali ni Cik Shida nak cerita pasal sedekah. Opss.. ape2 hal Cik Shida nak cakap dulu, post yang kali ni Cik Shida ada nak cerita pengalaman Cik Shida sendiri. Jadi Cik Shida harap sesangat yea.. Jangan fikir Cik Shida nak jadi riak.. Tak sesekali pun terlintas nak macam tu. Apa yang Cik Shida cerita ni hanya sekadar untuk tatapan semua. Supaya jadi ingatan dan pedoman. Bak kata omputih.. "sharing is caring" :)
    Cik Shida nak cerita ni, time tuh Cik Shida sekolah lagi, form 3. Cik Shida dapat duit sikit dari persatuan kampung Cik Shida sebab  berjaya daki gunung kinabalu. Bukan Cik Shida sorang je dapat tau, ada dalam lima orang yang lain dapat. Jadi, Cik Shida pun berniat nak belanja ibu makan kat satu restoren ni. Tengah sedap2 makan tetibe ada sorang pengemis ni, orang india rasanya. pakaian compang camping, bau dia.. pergh.. semerbak. Dia merayau2 dalam restoren tu mintak makan. Cik Shida rasa kesian sangat2.. Cik Shida bayangkan kalau itu sedara Cik Shida ke, adik Cik Shida ke. Jadi Cik Shida pun mintak lah ibu orderkan nasi bungkus utk dia. Tapi pelayan restoren ni macam tak setuju sebab pengemis tu sebenarnya penagih. Tapi Cik Shida nak sangat2 tolong dia. simpati giler2. Cik Shida paksa gak pelayan tuh amek order. of course la pelayan tu kena ikut cakap Cik Shida because customer always right kan :) hee~..
    Lepas dapat order tuh pengemis tu ucap terima kasih byk2 kat Cik Shida. Nampak muka dia terharu, air mata dia pun macam bergenang jea. Cik Shida rasa hepi lah dapat tolong dia, walaupun dia penagih tapi still dia manusia kan. Tak salah kita tolong sesama manusia. Sedangkan seorang pelacur pada zaman Rasulullah boleh masuk syurga sebab bersedekah air kepada anjing so tiada salahnya kita sedekah kepada insan yang tidak kita kenali, janji niat ikhlas. Lepas tu Cik Shida pun sambung makan. Pergh.. banyak yang Cik Shida order. Tomyam campur, ikan masak masam2 manis, udang goreng tepung, sayur campur, telur bistik, fresh orange.. alhamdulillah, kenyang perut. Bukan selalu dapat makan macam ni. Cik Shida tak membazir tau. Semua habis. :) Apa lagi kalau dah habis kenalah bayar. tak kan free pulak kan. So Cik Shida pun pilah kat owner restoren tu. "Eh, dik.. tak payah bayar. Da setel". "Err.. okeh". Cik Shida dan ibu terdiam jap. "Tak pelah kak, ni ALLAH balas balik rezeki yang kita bagi kat pengemis tadi", ibu tetiba bersuara. Cik Shida sebak jap. Cepatnya ALLAH balas.
     Lagi satu Cik Shida nak cerita, Cik Shida baru sudah uruskan something kat bank, masa Cik Shida keluar dari bank, ada akak ni mintak derma sebab nak tolong ibu2 tunggal. Jadi Cik Shida keluarkan duit sikit, bagi kat akak tuh. Cik Shida tak bagi banyak pun. Yang termampu je. Janji niat mesti ikhlas beb. Esoknya pagi2 lagi, Cik Shida dapat mesej, "Dik, akak nak order ........." banyak gak akak tu order. tengahari ade orang call, nak gak barang yang sama. banyak jugak dapatlah aku rm500 hari tu.. Alhamdulillah :) ini semua fadhilat sedekah. Ok, tapi ingat tau, bukan semua bila kita sedekah duit, Allah balas dengan duit gak. Ada je Allah balas dengan benda lain.
    Macam satu cerita benar yang Cik Shida baca, satu hamba Allah ni, doktor sahkan dia akan mati dalam masa setahun sebab dia ada kanser otak. Memang dah tak ada harapan. Tapi hamba Allah ni masih hidup lagi 10 tahun kemudian, nak tahu tak apa rahsia dia?? Dia bukak satu rumah anak yatim, dia jaga kebajikan anak yatim dan dia peruntukkan sebahagian harta dia untuk anak2 yatim tu. Ganjarannya dia sihat walafiat. Dia kata dia rasa bahagia apabila dapat membantu anak2 yatim tu. Jadi maknanya Allah balas sedekah dia dengan kesihatan yang baik. Jadi.. tak sia2 kan kita sedekah? Banyak manfaat yang kita dapat. Tak percaya gak.. hiskh3.. hah.. toray sendiri ek.. :)

eh, 5x3=12, betullah!

Hari ni Cik Shida bukan nak mengajar matematik. tapi Cik Shida nak share satu cerita. Sebelum tu, korang kenal tak Confucius a.k.a K'ung-fu-tzu? Ala.. time sejarah ada belajarlah. Beliau merupakan pemikir dan ahli falsafah Cina yang hidup di zaman 551-479 sebelum masihi dan mempunyai ramai anak murid. Salah seorang murid kesayangannya, Yan Hui memegang jawatan yang tinggi dalam komuniti Confucius.          
    Nak dijadikan cerita, satu hari ni si Yan Hui jejalan kat pasar. Tetiba dia ternampak seorang peniaga dan pembeli bergaduh. Si peniaga bermati-matian mengatakan 5x3=12. Yan Hui berasa kasihan melihat pembeli diherdik dengan peniaga yang pada pemikiran Yan Hui adalah si dungu yang tak mahu mengaku kesalahannya. Oleh itu, Yan Hui pun masuk campur.
     (err.. dialog ni Cik Shida yang reka, tapi isinya sama ye ;p)  "Cik bang,5x3=15. Semua orang tahu itu jawapannya"  Peniaga tak puas. "Eh, kau apa sebok, suka  hati aku lah. aku tetap cakap 5x3=12!" "Amboi, mana boleh begitu. tak baik awak aniaya pelanggan", balas Yan Hui. "Apehal pulak, betul lah apa yang aku cakap. kalau kau tak puas hati, meh kita jumpa Confucius. Dia je layak nak kata aku salah ke betul".  Si Yan Hui ni setujulah, yelah cikgu dia kan bijaksana tak kan tak tahu 5x3 jadi berapa. "Orait.. kalau Confius kata awak salah, macam mana?" tanya Yan Hui. "Kalau aku salah, pancung kepala aku. Kalau kau salah, macam mana pulak??", tanya peniaga itu dengan angkuh. "Err.. kalau saya salah, saya sanggup letak jawatan, awak ambik lah jawatan saya ni", balas Yan Hui.
    Jadi kedua-duanya pun pergi jumpa Confucius. Confucius pun mendengar dengan teliti tentang pertelingkahan mereka berdua. Last2 Conficius gelakkan Si Yan Hui dan berkata " betoi lah, 5x3=12! haha. Yan Hui, kau dah kalah. bagi jawatan kamu kepada lelaki ni".  Yan Hui "Erkkkkkkk.. biar betoi, cikgu aku ni?", bisik hati Yan hui.Sebagai murid, Yan Hui tak nak lah berdebat dengan cikgunya. Dia akur walaupun hatinya terluka dan berbulu giler.
      Untuk menenangkan hati Yan Hui mengambil keputusan untuk bercuti dengan alasan masalah keluarga. Conficius yang bijaksana faham bebeno dengan perasaan anak muridnya itu. Beliau meluluskan cuti Yan Hui dan berpesan "Nanti kalau hujan masa dalam perjalanan jangan duk bawah pokok dan walau apa pun berlaku jangan sampai berbunuhan, dan kalau boleh kau cepat balik ke sini, ok". Dalam perjalanan Yan Hui nak balik kampung, hujan selebat-lebatnya. Guruh berdentum-dentum, kilat sambar menyambar. Yan Hui ternampak sebatang pokok, dia nak berteduh di bawah pokok tu, tapi dia teringat pesan cikgunya. "jangan berteduh bawah pokok ketika hujan". Maka dia tidak jadi berteduh. dia meneruskan perjalanan. sebaik sahaja dia meninggalkan tempat itu, petir menyambar pokok itu. "Pergh.. nasib baik aku tak duk bawah pokok tu, lau tak mahu aku jadi ayam panggang".
    Yan Hui sampai ke rumah dalam keadaan kesejukkan dan rasa dongkol di hati. Dia masuk ke rumah perlahan-lahan kerana tidak mauhu mengejutkan isterinya yang sedang tidur kerana pelita sudah dipadamkan. Dalam keadaan yang gelap, dia masuk ke dalam biliknya. Kemarahannya memuncak apabila dia merasakan ada orang sedang tidur di sebelah isterinya. Tanpa berfikir panjang, Yan Hui menghunus pedang dengan perasaan marah. Ketika Yan Hui mengangkat pedang, kata-kata cikgunya terngiang-ngiang di telinganya. Yan Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang tidur di sebelah isterinya. Rupa-rupanya, adik iparnya yang tidur di sebelah isterinya. Yan Hui berasa amat bersyukur kerana dia tidak bertindak jauh.
  Esok paginya juga, dia balik berjumpa Conficius. Yan Hui berlutut dan bertanya. Melihat anak muridnya sudah belajar sesuatu Conficius menjelaskan sesuatu yang selama ini tidak difahami anak muridnya itu. "Aku tahu kau bukan ambik cuti sebab masalah keluarga, tapi sebab kau nak berhenti belajar dengan aku kan? huhu.. Semalam panas terik, itu petanda hujan petir akan berlaku. Pokok dipanah petir adalah perkara biasa. Sebab tu aku ingatkan kau pasal itu. kau tengah marah, mana ingat. Lepas tu, aku nampak kau bawak pedang, maka aku bagi ingatan supaya kemarahan kau yang membahang tak kan buat kau melakukan sesuatu yang buat kau menyesal seumur hidup". "Cuba kau fikir secara mendalam, semalam aku mengiyakan 5x3=12 dan kau kalah, lalu kau kehilangan jawatan kau. tapi kalau aku katakan 5x3=15, peniaga itu kalah, maka satu nyawa manusia melayang. Mana satu lebih berharga, jawatan kau ada nyawa manusia? Hah, cer fikir sikit". Yan Hui tertunduk.
   Belajar ilmu dan menjadi bijaksana dalam mengamalkannya adalah dua perkara berbeza. Betullah! Bagi Cik Shida, tak berbaloi kebenaran dalam tahap logik matematik memadamkan kebenaran pada tahap jiwa kemanusiaan. Wajarkah setakat mempertahankan 5x3=15 menghapuskan kebenaran mengenai kasih sayang dan kedamaian??.. Cik Shida termenung kejap, apakah '5x3=15' yang pernah Cik Shida pertahankan mati-matian, mungkin membuatkan ada nilai kebenaran yang lain 'tertimbus dan tertanam'. ya ALLAH. ya Azizul Hakim.. Kurniakanlah kami kekuatan utk memahami dan menghayati apa yang lebih utama, lebih berharga dan lebih bernilai dalam kehidupan ini agar kami dapat melalui perjalanan hidup menemui-MU dalam keadaan redha dan diredhai..