Thursday 1 December 2011

Rara Zikry.. Al-fatihah

    Assalamualaikum... uiks.. Cik Shida tak boleh nak tido lagi.. mata ni sungguh degil sangat2.. jadi Cik Shida pun mengusha wall di facebook, dari wall ke page yang Cik Shida suke.. tetibe muncul plak cerita pasal Rara Zikry.Err.. seriously.. Cik Shida tak kenal pun sebenarnya Rara Zikry ni.. tapi orang sebok dok kata2 pasal dia.. Status kat page tu tulis, Al-fatihah buat rara zikry..
      urmmm.... Siapakah gadis ini, sampai website yang dikenali ramai pun  update pasal dia.. ke Cik Shida ni lame sangat sampai tak kenal siapa itu Rara Zikry.. Jadi Cik Shida pun tanya kawan Cik Shida iaitu mr Google,, Ooo... rupa2nya Rara Zikry ni, seorang wanita yang sangat2 cantik.. Nak tahu cantik ke idak, p google, Cik Shida tak nak upload pic dia kat sini sebab dia dah meninggal, pic dia memang cantik dan seksi..           Bagi Cik Shida, orang yang dah pergi jangan kita sebar2kan gambar dia yang tak menutup aurat, nanti tak aman dia kat sana.
      Rara jatuh sakit masa berjogging dengan kekawan dia kat Shah Alam. Dia ada asma, so mereka hantar Rara ke hospital. Masa di hostipal Rara disahkan koma sebab brain damage. Korang tahulah kan, bila otak tak cukup oksigen maka rosaklah ia. Kejadian ni berlaku pada tahun lepas lagi. Maknanya dah setahun Rara terlantar di hospital. Dan pada pagi Jumaat ni, Rara disahkan meninggal dunia. Tapi ade gak kat twitter cakap Rara tak meninggal dunia lagi.. tapi Cik Shida check kat sumber yang sah.. memang Rara dah meninggal. Dia akan dikebumikan selepas solat zohor esok.
     Hurmm.. yang Cik Shida tak sedap hati, bila ade orang kutuk pasal Rara ni. Isk.. tak baik kutuk orang yang dah pergi. Dorang kutuk pasal cara hidup Rara, cara sosial dan berpakaian. Tak terpikirkah dorang yang nasib dorang pun belum tentu lagi. Sekurang2nya Rara tu mungkin sempat bertaubat semasa dia sakit. Dan dosanya mungkin diampunkan Allah sebab ada hadis yang mengatakan sesungguhnya setiap penyakit dan ujian itu adalah pengampun dosa. Dan dia meninggal pada hari penghulu hari, iaitu jumaat. Jadi, kepada mereka2 yang suke kutuk orang, fikir banyak2 ye.. Jangan duk hantam orang, tapi diri sendiri tak tengok.. :)

2 comments:

  1. dah perasan kat twitter.. cuma xamek peduli hahaha.. bila bca entri ni sampai habis baru tergerak nk google.. apa2 pown Al-Fatihah utk arwah.. ^^ kita pown manusia biasa xada hak nk tntukn siapa masuk syurga sapa masuk neraka kan.. heeeeeee

    ReplyDelete
  2. al fatihah tok arwah..baru tao malam nie die daaah pergi..ari tue my twinz yg gtao sal arwah..soh tgx page arwah..hu3..moge arwah ditempatkn tempat yg bek2..amin..

    ReplyDelete