Friday 2 December 2011

MaafKan Aku Si Cacat..

     Assalamualaikum semua, harap semua sehat yea. Harini lambat sikit letak post sebab Cik Shida banyak hal.. huu~ sampai pening2 dibuatnya. Cik Shida nak share satu cerita hari ni. Ni pasal seorang lelaki yang bernama Akif (bukan nama sebenar ye.. tak ade kena mengena dengan yang hidup atau mati). Dia ni hensem, segak, tapi malangnya dia ni dilahirkan tanpa cuping telinga. Kira sekali tengok dia ni tak ade telinga lah, so cuba korang bayangkan orang tak ada cuping telinga, macam mana rupanya. Err.. kalau tak boleh bayang apa lagi.. poie lah mintak tolong kat Mr Google.. huhu.. walaupun dia ni tak ada telinga tapi dia dapat mendengar dengan baiknya macam manusia normal dan dia merupakan pegawai bank.. whoa. jangan main2 taw.
         Si Akif ni jugak pantang orang sebut2 perihal kecacatan yang menjejaskan kehenseman dia tuh. Berangin kepala dia. Nak jadikan satu cerita Si Akif ni kena jadi panel untuk memilih seorang kerani di tempat dia bekerja. Ramai yang mohon tapi telah disenarai pendekkan tinggal tiga calon terakhir sahaja yang tinggal. Calon pertama, seorang lelaki yang tiada pengalaman bekerja. Pada akhir sesi soal jawab, Si Akif bertanya pada lelaki tersebut. "Adakah awak nampak sesuatu yang ganjil pada saya?"  Oleh sebab si lelaki ni mementingkan sifat kejujuran dia pun menjawab "Ada tuan, saya nampak tuan tak ade cuping telinga macam alien muka tuan, hahah", jawab lelaki itu sambil tergelak kuat.  Perghh.. Apa lagi menyiraplah Si Akif ni maka dihalaunya calon itu keluar "Berambus kau!".
      Sesudah itu, calon kedua seorang perempuan pulak, cantik orangnya. Pada akhir sesi temuduga Si Akif bertanya soalan yang sama. Perempuan ni menjawab dengan jujur tapi berlapik "Ye, saya nampak tuan, saya nampak tuan tak ada cuping telinga. Maafkan saya tuan". Walaupun begitu Si Akif tetap berang. "What ever u say, its hurt my heart! Get lost from here!", marah Si Akif dalam bahasa omputih. Perempuan tuh keluar dengan air mata berlinangan di pipi. Iskh.. Hamboii.. sesuka je Si Akif ni nak marah2 orang. Geram pulak Cik Shida dibuatnya.
     Seterusnya calon terakhir seorang lelaki yang berketrampilan dan mempunyai pengalaman bekerja selama 8tahun. Dia ni bagi Si AKif sangat bijak. Pada akhir sesi temuduga, Si Akif bertanya soalan yang sama. Lelaki itu menjawab, "Ye, saya ada nampak sesuatu yang ganjil. Tuan pakai contact lens kan?". Si Akif rasa kagum sangat2. Lelaki itu sangat teliti orangnya. Maka dia adalah calon yang sesuai untuk kerja yang memerlukan ketelitian yang tinggi. Dengan penuh teruja dia bertanya "Macam mana awak boleh tahu?". "Mestilah saya tahu, sebab tuan mana ada cuping telinga, jadi nak sangkut celah mana? Hahaha", balas lelaki itu dengan gelak tawa sambil terguling2.
    Rupa2nya calon terakhir ni lagi parah berbanding calon2 sebelumnya. Cik Shida sendiri tak menjangka jawapan calon terakhir ni. Jadi, Cik Shida pun ikut tergelak.. Haa.. amik kaw Si Akif. Cik Shida cerita kat kekawan kisah ni, dorang pun tergelak gak. haha.. Cik Shida lagilah gelak 2x ganda. Adush.. law la Si Akif ni wujud di dunia ni mahu dia halau Cik Shida dan kekawan ke hujung dunia. Hinakah kecacatan yang dimiliki oleh Si Akif sehingga dia begitu sensitif padahal dia masih lagi boleh mendengar dengan baik.
      Tiba2 ada suara yang berbisik.. "Kelakar sangat ke ciptaan ALLAH yang 'cacat' sehingga menjadi bahan tawamu dan rakan2". Ntah dari mana ntah suara tu datang. Tapi Cik Shida tersentap lah gak.. >,<'  Maha suci Allah daripada mentakdirkan sesuatu yang buruk. Ini bukan sikap yang baik dalam melihat ciptaanNYA. Astaghfirullah.. :(  Terasa beban di dada bila Cik Shida gagal memahami penciptaaan Maha Pencipta. Kenapa perlu kita gelakkan mereka yang ditakdirkan cacat. Cik Shida selalu ingatkan adik2 jangan memperendahkan orang yang cacat sebab kalau kita memperendahkan mereka maka sama juga kita memperendahkan Allah kerana DIA yang mencipta mereka semua. Mungkin Cik Shida terlalu mengikut mood cerita lawak tu, sampai Cik Shida tak sedar apa yang Cik Shida lakukan. Dan kalau kita tengok situasi hari ni. orang2 cacat memang selalu diperlekehkan. Mereka bukan dibantu malahan dihina dan dicerca. Sadis sungguh. Tapi pernahkan korang semua terpikir yang sebenarnya ada kelebihan Allah jadikan dorang cacat. Kita ambil contoh, orang yang cacat pendengaran, sekurang2nya terlepas dosa dia daripada mendengar benda2 tak elok seperti mengumpat ke,mengutuk ke, dan orang buta juga terlepas dari dosa melihat benda2 yang haram berbanding kita yang susah sekali nak terlepas dari dosa melihat benda2 haram. Betul x..?? Selamat berfikir yea :)

No comments:

Post a Comment