Monday 2 January 2012

si pendayung dan si professor

 assalamualaikum semua. dah lama kan Cik Shida tak post something kat blog ni. huu~ sangat busy dengan kerja. Alhamdulillah rezeki murah :)
          seperti biase Cik Shida nak share satu cerita. Tentang si pendayung sampan dengan seorang professor.
cerita dia ringkas dan tapi pengajaran dia sangat bermakna. Kisah ni kawan Cik Shida yang bagi jadi Cik Shida tergerak nak share pada semua.
          Kisahnya bermula bila si professor ni mahu menjalankan kajian tentang air laut dan bahan kimia yang terkandung dalam air tersebut, jadi dia pun mengupah seorang pendayung samapan untuk bawa dia ke tengah laut.  dari awal pagi sampai petang si professor ni tekun mengkaji air di laut. si pendayung ni hanya memerhatikan sahaja. si pendayung ni melihat ke langit, kelihatan awan hitam berarak seperti mahu hujan lebat. Si professor yg sedar hari makin gelap, mengarahkan si pendayung untuk siap sedia pulang.
Professor bertanya pada si pendayung, kamu tahu tidak apa yg saya sedang kaji ni?
Si pendayung hanya menggelengkan kepala.
Si professor bertanya lagi, kamu tahu apa itu kimia?
si pendayung menggelengkan kepala
Kalau kamu tidak tahu pasal kimia ini bermakna kamu telah kehilangan 25% hidup kamu.
si pendayung hanya berdiam
si professor bertanya lagi, kamu tahu tentang biologi?
si pendayung tetap dengan reaksi yang sama
si professor tersenyum sinis, kamu kehilangan 50% hidup kamu kerana tidak tahu pasal biologi.
Apa sahaja yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu? kamu tak belajar ke?
Si pendayung hanya menjawab "Saya hanya mendayung untuk mencari rezeki".
Si professor hanya tergelak besar dan merendah2kan diri pendayung.
tiba-tiba hujan turun dgn lebatnya, ombak bergelora. sampan yang mereka naiki terbalik.
si pendayung bertanya pada si professor, "Kamu tahu berenang?"
Professor membalas "TIDAK"
lantas si pendayung menjawab kamu kehilangan 100% hidup kamu, si pendayung berenanang meninggalkan professor yang terkapau-kapai dan akhirnya ditelan laut.

kesian kan pada professor yang angkuh ni. cuba kalau dia tak berlagak, cik shida rase tentu si pendayung ni tak keberatan nak tolong dia. bukan kepandaian dia yang mampu menyelamatkan dia. tetapi kemahiran yang ada pada si pendayung jika dia dapat pelajari pasti dia tidak akan lemas.

sama juga pada hidup realiti, kepandaian semata-mata dalam bidang akademik tak akan menjamin masa depan kita. banyak lagi kemahiran yang boleh kita pelajari, jangan takbur. mentang-mentang pandai, nak pandang rendah pada orang lain.

No comments:

Post a Comment