Saturday 3 December 2011

Keranamu Si kecil..

Assalamualaikum semua :)
 Diizinkan hari ni Cik Shida dapat menaip lagi untuk share2 kepada semua. Alhamdulillah.. Okeh, sekarang seperti biasa Cik Shida nak kongsi satu cerita. Ni satu cerita benar tau, berlaku kat barat.
    Kisah ni tentang seorang iman dan anak lelakinya yang baru berumur 11 tahun. Setiap hari jumaat je dorang berdua akan bersama-sama mengedar risalah agama sebagai usaha untuk menyebarkan keagungan Allah s.w.t  Pada satu Jumaat, hujan turun selebat-lebatnya, anak si imam tu dah bersiap2 nak mengedar risalah dan dia mengajak ayahnya. Tetapi ayahnya agak keberatan mahu pergi kerana dia kurang sihat, buatnya dia pengsan tengah jalan siapa nak mengangkat? Oleh itu, anak imam ni mintak izin untuk pergi seorang diri.
     Pada mulanya si imam tak nak bagi, tapi anaknya beria-ia nak sangat pergi, jadi dia pun mengizinkan sambil berdoa semoga Allah melindungi anaknya. Si anak pun dengan gembira dan rela hati, terpancar perasaan heaven kat muka dia (Cik Shida harap sangat2 bila Cik Shida kahwin nanti dapat anak macam ni.. huhu).
     Dia bagi risalah kepada sesiapa yang dia jumpa sepanjang jalan. Setelah dua jam, tinggal 1 helai risalah. Dia pandang kiri tak ada orang, kanan pun tak ada. Dia perlu habiskan risalah ni. Tu tekad si anak kecil ini. Jadi, dia pun pergi ke taman perumahan, dia pergi ke rumah pertama yang dilihatnya. Loceng ditekan. Tapi tiada siapa yang menjawab. Dia tekan lagi, sebanyak tiga kali. Tapi tetap tiada siapa yang menjawab.
    Jadi dia pun berpaling untuk pergi ke rumah seterusnya. Entah kenapa hatinya tertarik2 nak juga bagi kepada tuan rumah pertama ni, Jadi dia tekan loceng sekuat-kuat hati banyak kali. Tak cukup dengan tu dia pi ketuk2 pintu rumah orang tu kuat2 sampai sakit tangan budak kecil tu. Usaha anak imam tu berjaya, seorang pak cik tua bukak pintu. Muka pak cik tu sedih. Dengan lemah, pakcik tu tanya "Ye, ada apa2 yang pak cik boleh bantu?". Pak cik tu merenung muka anak imam yang comel dan mempunyai mata yang bersinar2.
   "Maaf pakcik kalau saya kacau pak cik hujan2 macam ni. Saya nak bagi pak cik risalah ni je. Ni risalah yang terakhir khas untuk pak cik dan saya nak cakap ALLAH SANGAT MENYAYANGI pak cik. Nah, pak cik ambil lah yea", jawab anak imam tu dengan ceria dan terus berlalu pergi.
   Huu.. korang faham2 lah sejuk tu hujan2, so budak kecik ni kena balik cepat kan... Tiga hari kemudian, seperti biasa anak dan imam duduk bertazkirah kat masjid bersama2 dengan ahli jemaah yang lain. So, si imam pun tanya "Ada siapa2 yang nak berkongsi apa2?". Tetiba ada seorang tua yang tidak pernah dilihat imam memulakan ceritanya.
    Wajahnya kelihatan cerah dan ceria. "Mungkin tiada siapa yang mengenali saya di sini sebab sebelum ni saya memang tak pernah datang sini pun. Hari jumaat yang lepas saya masih bukan seorang muslim. Isteri saya dah meninggal dan saya tiada sesiapa di dunia ni. Jumaat lepas, ketika hujan turun lebat, saya rasa sunyi sangat2, jadi saya nak bunuh diri. Saya nekad nak bunuh diri untuk menamatkan penderitaan saya. HAri tu, tali dah berada di leher dan saya sudah berdiri di atas kerusi hanya menunggu untuk menendang kerusi dan matilah saya. Tapi bunyi loceng mengganggu niat saya. Saya tunggu dan berfikir, sekejap lagi mesti orang yang tekan loceng tu pergi. Namun bunyi loceng tak henti2 berbunyi. Saya fikir, siapalah manusia yang sudi menjenguk saya ni. Sudah lama orang tak jenguk saya jadi saya pun menglonggarkan ikatan dan terus menuju ke pintu. Apabila saya bukak pintu saya seperti tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Seorang kanak2 yang comel berdiri di hadapan saya. Kata2 ALLAH SANGAT MENYAYANGI PAK CIK membuatkan saya terpaku. Seusai anak itu pergi saya terus membaca risalah tersebut. Dan kini saya ade sebab untuk hidup. Saya datang ke sini untuk mengucapkan terima kasih kat anak kecil itu".  
   Semua yang berada dalam masjid tu terharu. Bergema laungan ALLAHUAKBAR di dalam masjid itu.
   Cik Shida terharu gilerlah baca cerita ni.. dan Cik Shida terfikir kalaulah Allah tak gerakkan hati budak kecik tu mungkin pak cik tu dah bunuh diri. Mesti dia dah mati sebagai orang kafir. Hurmm... bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang islam :)

1 comment:

  1. apa la..ajal blum tiba dah nak mati.. huhuhu.. manusia manusia.. untung dapat anak macam tu

    ReplyDelete