Tuesday 3 January 2012

mulianya seorang pencuri

  assalamualaikum, sebelum pi kelas Cik Shida nak share satu cerita laa.. bagus cerita ni untuk dibuat pendoman.
Kisah ni berlaku pada zaman nabi Isa. ada seorang pencuri yang tak pernah2 insaf, asyik dok mencuri harta orang je. pantang tuan rumah tak de, dia pi rembat semua benda berharga kat dalam rumah tu. Jadi pada suatu hari, si pencuri ni memecah masuk rumah nabi Isa.
  Malangnya bagi si pencuri itu, rupa-rupanya Nabi Isa ada di dalam rumah bersama-sama dengan seorang kawannya. Maka, tertangkaplah si pencuri itu. memang lumrah seorang nabi, pasti berhati mulia. Nabi Isa memaafkan si pencuri itu dan baginda mengajak si pencuri itu bersama-sama pergi berdakwah. hati si pencuri ini meruntun sayu. dia merasa insaf yang amat sangat. air matanya tumpah meleleh dengan banyaknya. maka dia pun bersetuju untuk mengikut nabi Isa berdakwah. jadi nabi isa dan rakannya serta si pencuri pun berjalan beriringan. tetapi pencuri itu ke belakang sedikit kerana berasa segan. hatinya berkata "Ya Allah, segannya aku pada hambaMU dua orang ni. mereka alim, manakala aku ni kotor, jijik. ampunkan hambaMU Ya Allah", rayu hati kecil pencuri.
   manakala rakan Nabi Isa menjeling kepada si pencuri "Huh! dasar pencuri, mana padan mahu berjalan bersama seorang nabi! hidup penuh dosa, makan harta haram!", cerca rakan nabi Isa dalam hati.
maka, Allah mengutuskan malaikat untuk bertemu dgn Nabi Isa, malaikat berkata, "Wahai Isa, katakan pada si pencuri itu bahawa segala dosanya telah diampunkan Allah, dan katakan juga kpd rakanmu bahwa segala amalannya telah dihapuskan Allah".
betapa terkejutnya mereka bertiga. si pencuri berasa amat gembira manakala rakan nabi Isa menangis sesal.

terdiam kejap Cik Shida membaca cerita ni. banyak pengajarannya.
pertama, jangan pandang rendah pada seseorang.
kedua, Allah itu maha pengampun
ketiga, selagi kita ikhlas bertaubat, insyaallah DIA akan terima.

No comments:

Post a Comment