Monday 9 April 2012

salah faham. salah dia? aku? atau kau?



assalamualaikum ...
salah faham?


baiklah, sekarang cik shida seperti biase nak kongsi satu cerita lagi ..
kisah salah faham, ni cik shida baca kat satu majalah ni.. majalah apa ea.. cik shida pun tak ingatlah.. tapi ini cik shida cerita untuk dijadikan sebagai perkongsian antara kita.




mengisahkan seorang cikgu sedang mengajar seorang murid. 
cikgu tu bertanya pada muridnya, Ahmad. 
'Ahmad, cikgu bagi awak sebiji gula-gula, tambah lagi sebiji gula-gula, tambah lagi sebiji gula-gula. Haa.. cuba kira berapa biji gula-gula yang awak ada sekarang?'


Ahmad pun menjawab..
4 biji cikgu.. jawab Ahmad dgn level confidentnya yang tinggi..


cikgu tu bertanya soalan yang sama, tapi ahmad tetap memberikan jawapan yang sama.


agak kesengalan dengan jawapan yang diberi oleh Ahmad. 


kenapa kamu ni lemah sangat. soalan senang pun tak dapat jawab! umur dah 8 tahun tapi soalan budak tadika pun tak dapat jawab! , marah cikgu tersebut sambil merotan tapak tangan Ahmad sekuat hatinya kerana kegeraman yang amat.


Ahmad berasa sangat malu dan kecewa dengan apa yang telah berlaku. Balik rumah, Ahmad mengadu dan menunjukkan kesan rotanan cikgunya pada bapanya. tanpa berfikir panjang, bapa Ahmad membawa Ahmad pergi ke sekolah untuk berjumpa dengan guru besar di sekolah tersebut. 


maka berlakulah pertemuan antara guru besar, bapa Ahmad, Ahmad dan cikgunya. Suasana agak tegang. Bapa Ahmad meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya terhadap perilaku cikgu terbabit. Biasalah, orang marah, macam2 perkataan dikeluarkan. Guru besar menenangkan bapa Ahmad dan bertanya punca sebenar Ahmad dipukul oleh cikgunya. 


'Manalah saya tak marah cikgu, soalan senang pun dia tak dapat jawab, padahal saya dah ajar sebelum ni. banyak kali saya tanya dia bagi jawapan yang sama. budak tadika pun dapat jawab. 1+1+1 = 3. Si Ahmad ni jawab 4. Mana saya tak bengang!


semua orang tertumpu pada si Ahmad. Ahmad kelihatan takut-takut. bapa si Ahmad terasa amat malu. Ahmad pun menjawab.


'Cikgu tanya, kalau dia bagi satu biji gula-gula, tambah lagi satu biji dan satu biji lagi, berapa jumlahnya. saya jawab empat sebab saya ada beli satu biji gula-gula sebelum datang ke sekolah. saya belum makan lagi. ada dalam kocek saya', jawab Ahmad dengan lirih..


semua yang mendengar tergamam, terpinga dan terkejut. rupa-rupa semua ini hanya SALAH FAHAM. 


tapi salah faham ni takkan terjadi kalau kita bertanya apa sebab berlaku kan?? berbincang dan bertolenrasi. sama jugak dengan kes2 kehidupan yang lain.. jangan dok gelabah ayam nak buat tindakan yang kita tak tahu apa sebenar perihal yang berlaku. macam kes ahmad ni.. siapa yang salah sebenarnya? Ahmad? Cikgu? ke Salah ... Faham?? hehe





No comments:

Post a Comment