Friday 27 April 2012

taik oh taik!

assalamualaikum,

dah berapa hari cik shida tak update blog ni..
rindu sangat.. :)
yelah, tak berapa sihat and sibuk dengan kerja.

hah.. topik hari ni cik shida nak cerita pasal mimpi
ok.. bukan mimpi yang hari tu..
mimpi lain
aishh~ shida, kau ni suka sangat bermimpikan
haha.. dah mimpi ALLAH bagi.. nak buat macam mana kan??

ok.. hari sabtu hari tu, ( hari ni hari jumaat ye)
cik shida mimpi taik!
yup, taik! 
sangat tak senonohkan mimpi cik shida.
atoootooo~...

cik shida mimpi, cik shida masuk dalam bilik air, tetiba cik shida terpijak  taik! cik shida terkejut, entah dari mana taik tu muncul, i donno ar.. dah nama pun mimpikan.. hehe..bentuk macam taik manusia taw. cik shida apa lagi, pilah jirus taik tu. makin cik shida jirus, makin banyak plak benda tu muncul. eiiiyeeww.. abes satu badan cik shida penuh dengan taik. ce bayangkan.. haha.. tak payahlah bayangkan ea. jijik kot. 

bangun tido je cik shida terus tepuk-tepuk, usap-usap badan, kaki.. macam betul2 pulak.. haha
apa lagi mandilah.

lepas je mandi, ada dua mesej dari pelanggan mintak order,

"as salam dik, saya nak order powder 20kg"


"dik, akak nak powder 30 kg, hantar by curier ea" 

ok, pagi2 lagi rezeki dah masuk. say ALLHAMDULILLAH.
petang tu, ada pelanggan datang kedai,
borong 10kg powder. satu hari tu laku 60kg powder.


jualan kat depan pun masyuk gak, dapatlah rm200-250.
lepas tu esoknya, ada orang nak beli 210kg powder.
wow, masyuk.. suka.. hehe.. alhamdulillah.
tapi kelam kabutlah buatnya.
pendek kata sepanjang minggu tu powder ice blend cik shida memang laku lah, hari2 orang order.. syukur sangat. pastu, cik shida tanyalah kat bibik,






bik! kalau mimpi taik tu apa petanda ea?


"Ya Allah, kau mimpi taik ke? patutlah orang tak putus2 order! orang tua cakap, kalau mimpi taik maknanya rezeki datang! kalau mimpi duit atau emas, ada penyakit nak datang!", kata bibik dgn yakinnya.


err.. ok, terkedu sikit. kalau macam tu nak hari2 lah mimpi taik.. hahaha.. bapak tak senonoh cik shida ni. 

ok, ade order lagi ni.. cik shida nak pi buat. hahhh.. korang pun berhajat nak mimpi taik ke? hahahaha.

p/s: mimpi taik lagi best dari mimpi yg lagi satu tu hah, setakat geli je.yang mimpi lagi satu tuh, buat aku down giler..haha.. sory cik mimpi!

No comments:

Post a Comment