Wednesday 30 November 2011

eh, 5x3=12, betullah!

Hari ni Cik Shida bukan nak mengajar matematik. tapi Cik Shida nak share satu cerita. Sebelum tu, korang kenal tak Confucius a.k.a K'ung-fu-tzu? Ala.. time sejarah ada belajarlah. Beliau merupakan pemikir dan ahli falsafah Cina yang hidup di zaman 551-479 sebelum masihi dan mempunyai ramai anak murid. Salah seorang murid kesayangannya, Yan Hui memegang jawatan yang tinggi dalam komuniti Confucius.          
    Nak dijadikan cerita, satu hari ni si Yan Hui jejalan kat pasar. Tetiba dia ternampak seorang peniaga dan pembeli bergaduh. Si peniaga bermati-matian mengatakan 5x3=12. Yan Hui berasa kasihan melihat pembeli diherdik dengan peniaga yang pada pemikiran Yan Hui adalah si dungu yang tak mahu mengaku kesalahannya. Oleh itu, Yan Hui pun masuk campur.
     (err.. dialog ni Cik Shida yang reka, tapi isinya sama ye ;p)  "Cik bang,5x3=15. Semua orang tahu itu jawapannya"  Peniaga tak puas. "Eh, kau apa sebok, suka  hati aku lah. aku tetap cakap 5x3=12!" "Amboi, mana boleh begitu. tak baik awak aniaya pelanggan", balas Yan Hui. "Apehal pulak, betul lah apa yang aku cakap. kalau kau tak puas hati, meh kita jumpa Confucius. Dia je layak nak kata aku salah ke betul".  Si Yan Hui ni setujulah, yelah cikgu dia kan bijaksana tak kan tak tahu 5x3 jadi berapa. "Orait.. kalau Confius kata awak salah, macam mana?" tanya Yan Hui. "Kalau aku salah, pancung kepala aku. Kalau kau salah, macam mana pulak??", tanya peniaga itu dengan angkuh. "Err.. kalau saya salah, saya sanggup letak jawatan, awak ambik lah jawatan saya ni", balas Yan Hui.
    Jadi kedua-duanya pun pergi jumpa Confucius. Confucius pun mendengar dengan teliti tentang pertelingkahan mereka berdua. Last2 Conficius gelakkan Si Yan Hui dan berkata " betoi lah, 5x3=12! haha. Yan Hui, kau dah kalah. bagi jawatan kamu kepada lelaki ni".  Yan Hui "Erkkkkkkk.. biar betoi, cikgu aku ni?", bisik hati Yan hui.Sebagai murid, Yan Hui tak nak lah berdebat dengan cikgunya. Dia akur walaupun hatinya terluka dan berbulu giler.
      Untuk menenangkan hati Yan Hui mengambil keputusan untuk bercuti dengan alasan masalah keluarga. Conficius yang bijaksana faham bebeno dengan perasaan anak muridnya itu. Beliau meluluskan cuti Yan Hui dan berpesan "Nanti kalau hujan masa dalam perjalanan jangan duk bawah pokok dan walau apa pun berlaku jangan sampai berbunuhan, dan kalau boleh kau cepat balik ke sini, ok". Dalam perjalanan Yan Hui nak balik kampung, hujan selebat-lebatnya. Guruh berdentum-dentum, kilat sambar menyambar. Yan Hui ternampak sebatang pokok, dia nak berteduh di bawah pokok tu, tapi dia teringat pesan cikgunya. "jangan berteduh bawah pokok ketika hujan". Maka dia tidak jadi berteduh. dia meneruskan perjalanan. sebaik sahaja dia meninggalkan tempat itu, petir menyambar pokok itu. "Pergh.. nasib baik aku tak duk bawah pokok tu, lau tak mahu aku jadi ayam panggang".
    Yan Hui sampai ke rumah dalam keadaan kesejukkan dan rasa dongkol di hati. Dia masuk ke rumah perlahan-lahan kerana tidak mauhu mengejutkan isterinya yang sedang tidur kerana pelita sudah dipadamkan. Dalam keadaan yang gelap, dia masuk ke dalam biliknya. Kemarahannya memuncak apabila dia merasakan ada orang sedang tidur di sebelah isterinya. Tanpa berfikir panjang, Yan Hui menghunus pedang dengan perasaan marah. Ketika Yan Hui mengangkat pedang, kata-kata cikgunya terngiang-ngiang di telinganya. Yan Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang tidur di sebelah isterinya. Rupa-rupanya, adik iparnya yang tidur di sebelah isterinya. Yan Hui berasa amat bersyukur kerana dia tidak bertindak jauh.
  Esok paginya juga, dia balik berjumpa Conficius. Yan Hui berlutut dan bertanya. Melihat anak muridnya sudah belajar sesuatu Conficius menjelaskan sesuatu yang selama ini tidak difahami anak muridnya itu. "Aku tahu kau bukan ambik cuti sebab masalah keluarga, tapi sebab kau nak berhenti belajar dengan aku kan? huhu.. Semalam panas terik, itu petanda hujan petir akan berlaku. Pokok dipanah petir adalah perkara biasa. Sebab tu aku ingatkan kau pasal itu. kau tengah marah, mana ingat. Lepas tu, aku nampak kau bawak pedang, maka aku bagi ingatan supaya kemarahan kau yang membahang tak kan buat kau melakukan sesuatu yang buat kau menyesal seumur hidup". "Cuba kau fikir secara mendalam, semalam aku mengiyakan 5x3=12 dan kau kalah, lalu kau kehilangan jawatan kau. tapi kalau aku katakan 5x3=15, peniaga itu kalah, maka satu nyawa manusia melayang. Mana satu lebih berharga, jawatan kau ada nyawa manusia? Hah, cer fikir sikit". Yan Hui tertunduk.
   Belajar ilmu dan menjadi bijaksana dalam mengamalkannya adalah dua perkara berbeza. Betullah! Bagi Cik Shida, tak berbaloi kebenaran dalam tahap logik matematik memadamkan kebenaran pada tahap jiwa kemanusiaan. Wajarkah setakat mempertahankan 5x3=15 menghapuskan kebenaran mengenai kasih sayang dan kedamaian??.. Cik Shida termenung kejap, apakah '5x3=15' yang pernah Cik Shida pertahankan mati-matian, mungkin membuatkan ada nilai kebenaran yang lain 'tertimbus dan tertanam'. ya ALLAH. ya Azizul Hakim.. Kurniakanlah kami kekuatan utk memahami dan menghayati apa yang lebih utama, lebih berharga dan lebih bernilai dalam kehidupan ini agar kami dapat melalui perjalanan hidup menemui-MU dalam keadaan redha dan diredhai..

No comments:

Post a Comment